Jurugambar Malaysia raih hadiah utama sebanyak RM 491,040.00 dalam anugerah fotografi di Dubai

Pada 13 Mac yang lalu, pemenang Hamdan International Photography Award  (HIPA) telah diumumkan dan menyaksikan jurugambar dari Malaysia, Edwin Ong Wee Kee telah meraih Hadiah Utama dalam pertandingan berprestij tersebut.

Anugerah yang sudah memasuki musim kelapan itu telah diadakan di Opera Dubai dan dihadiri oleh tetamu kehormat dan mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Membawa tema ‘harapan’, anugerah tahun ini telah berlangsung dengan meriah dan penuh dengan cahaya gemerlapan.

Anugerah fotografi ini ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah naungan putera mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Rashid bin Mohammed al Maktoum.

Dengan jumlah hadiah tahunan sebanyak $ 450,000 (RM 1,841,400.00) yang diperuntukan menjadikannya sebagai hadiah terbesar yang ditawarkan dalam penganugerahan fotografi.

Apa yang menarik mengenai HIPA ialah, ini adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional).

Edwin Ong Wee Kee dari Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang utama dengan menerima hadiah utama sebanyak $ 120,000 atau sekitar RM 491,040.00.

Imej Edwin yang telah memenangi hadiah utama: ‘Mother’s Hope’

Melihat pada gambar yang dipertandingkan, hasil karya Edwin menunjukkan momen getir yang dihadapi oleh seorang ibu di Vietnam. Walaupun wanita itu mempunyai masalah untuk bertutur namun dia tetap tidak berhenti berharap malah dia juga tetap bersemangat demi anak kecilnya.

Menurut Edwin, dia gemar melancong bersama kameranya dan ketika berada di Vietnam, dia terlihat akan pemandangan ibu dan anak ini lalu merakamkannya.

Edwin yang merupakan orang Sibu, Sarawak itu menjangka dia akan memenangi hadiah ke-5, namun rezeki menyebelahinya apabila terpilih sebagai pemenang hadiah utama. Tahniah Edwin!

Muhammad Fahrur Rasyid dari Indonesia memenangi ‘hope’ di tempat kedua.

Wissam Nasar dari Palestin memenangi ‘hope’ di tempat ketiga.

Setiap tahun, HIPA mempunyai tema yang berbeza dan untuk tahun 2018-2019, HIPA menjadikan ‘hope’ sebagai tema pertandingan. Terdapat juga kategori umum (termasuk warna dan hitam dan putih) dan portfolio serta kategori video fotografi udara dipertandingkan.

Video fotografi udara yang menang

Aun Raza dari Perancis menang dalam kategori umum (hitam dan putih)

Anugerah Penghargaan ‘Fotografi’ dianugerahkan kepada jurugambar British, Tim Flach di atas sumbangannya yang cemerlang dalam bidang fotografi alam semula jadi dan alam sekitar sepanjang kariernya sebagai seorang artis.

(Imej: © tim flach)

Anugerah ‘Pencipta Kandungan Fotografi’ pula dianugerahkan kepada Tom Ang atas peranan utamanya dalam pendidikan dengan mengarang lebih daripada 40 buah buku mengenai fotografi yang diterjemahkan di dalam lebih daripada 20 bahasa.

(Imej: © Tom Ang)

Jurugambar Emirat, Yousef Al Habshi pula telah diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Emerging Person in Photography Award’ kerana karyanya dalam dunia fotografi makro dan mikro.

(Imej: © Yousef Al Habshi)

Pada akhir acara penyampaian anugerah tersebut, tema untuk anugerah tahun hadapan, 2019-2010 (musim kesembilan) juga telah diumumkan iaitu ‘air’.

HIPA musim kesembilan: Air

Jurugambar digalakkan untuk mentafsir tema ‘air’ ini dengan sudut pandangan mereka sendiri dan apa yang paling penting ialah karya mereka perlulah diterjemahkan dengan cara yang paling kreatif.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HIPA dan cara menyertainya, orang ramai boleh melihatnya sendiri di laman web www.hipa.ae/en.

Bagi anda yang mempunyai minat dan bakat, jangan sia-siakan peluang yang ada.

Memandangkan HIPA adalah salah satu anugerah fotografi yang tidak mengenakan sebarang yuran, tiada had umur, jantina, kewarganegaraan dan status fotografi (peserta tidak perlu berstatus profesional), oleh itu tidak salah jika anda mencubanya. Siapa tahu ini mungkin peluang anda untuk meraih anugerah fotografi di peringkat global?

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber DIGITAL CAMERA WORLD , DAYAK DAILY

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*