Netizen Terkejut Ara Johari Dah Bertunang? Komen Eric Fuzi Macam Nak Kant0ikan Sesuatu..

Penyanyi, Ara Johari, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik gambarnya duduk di pelamin, sebentar tadi.

Anggun berbaju kurung, perkongsian penyanyi Bunga itu di Instagram bagai membayangkan dirinya baru sahaja mengikat tali pertunangan, apatah lagi dengan kapsyen “Alhamdulillah” berserta emoji cincin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah ❤️

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila rakan selebriti seperti Siti Elizad dan Indah Ruhaila turut menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi terbabit. Malah, tidak kurang yang terkejut dengan perkongsian itu.

Berkebetulan, beberapa selebriti lain mengambil peluang cuti sekolah kali ini bagi mengakhiri zaman solo masing-masing, seperti Bella Dally dan Fasha Sandha.

KOMEN ERIC FLOOR 88 :

“Saya sengaja menimbulkan tanda tanda dengan memuat naik gambar duduk di pelamin. Malah, sepupu dan saudara mara juga turut melayan dengan membuat ‘insta story’ seperti mengiyakan saya bertunang. Sedangkan, hakikatnya bapa saudara saya yang baru berkahwin.

“Mana mungkin saya bertunang dengan berpakaian sebegitu? Cuma, saya ingin melihat bagaimana reaksi peminat dan rakan berhubung perkongsian itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jangan tanya ara buat apa 😂 Sebab takda jawapan . Jangan lupa malam ni ❤️

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

“Kata orang, ia seperti mengambil berkat jika duduk di pelamin begitu. Jadi, kalau ada rezeki, mungkin tiba giliran saya pula nanti untuk naik pelamin,” katanya kepada BH Online.

Ujar Ara, pada mulanya dia memang mahu memuat naik gambar ucapan tahniah kepada bapa saudaranya, namun terfikir untuk memberikan kelainan.

NETIZEN TERKEJUT :

“Saya tidak mempunyai niat untuk menipu, sebaliknya perkongsian itu adalah gurauan semata-mata,” katanya.

Menyentuh soal jodohnya sendiri, Ara, 21, meletakkan sasaran untuk memikirkan soal berkenaan dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Saya menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga pada usia 26 atau 27 tahun. Namun, jika jodoh datang lebih awal, apa salahnya? Buat masa ini, fokus diberikan kepada kerjaya kerana masih banyak yang ingin saya capai dalam seni,” kata Ara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Goodnight Pan Pan 🐼

A post shared by Ara Johari (@arajohari) on

Mengulas mengenai kerjaya pula, Ara bersyukur kerana lagu terbaru nyanyiannya, Paku, semakin kerap diputarkan di corong radio.

Selain giat menjalankan promosi bagi memperkenalkan buah tangan terkini daripadanya, Ara turut merancang untuk menghasilkan single seterusnya, selepas Aidilfitri.

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

SUMBER : BH

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*