“Kadang Mandi Kat Petronas, Tidur Dalam Kereta. Tuisyen Tak Pergi Sebab Tak Mampu,” – Haneesya Hanee Throwback Fasa Sukar, Hakikatnya Bukan Mudah Untuk Berjaya!

Peserta Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan, dia pernah berdepan dengan pengalaman sukar bersama keluarga.

Semuanya gara-gara mereka sekeluarga berdepan dengan masalah kewangan yang menimpa mereka beberapa tahun lalu.

Kata Hanee, ketika itu dia sedang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Gadis ini berkongsi coretan rasa tersebut menerusi Instagram, awal bulan ini.

“In 2008, I went to a special school. Dislexsia center ampang. Sekolah khas untuk org istimewa Macam saya. Hanee memang ada masalah pembelajaran. Tp Alhamdulillah very mild..Hanee dekat special school for 2months n after that masuk sekolah biasa balik.

“Hanee masuk sk taman Maluri pada 2011. Hanee masuk sekolah tu Sebab sktm ada aliran khas untuk dyslexics. So hanee belajar dlm dua aliran. Aliran Perdana n aliran khas. Sebenarnya susah cos aliran Perdana pembelajaran lebih laju n aliran khas lebih perlahan.

“Tp hanee berjaya ikut rentak ikut pembelajaran Di sekolah. Time upsr, kehidupan hanee sngt teruk dari segi kewangan,” tulisnya.

Ketika itulah, fasa sukar mulai ditempuh bintang muda ini.

“Hanee xde rumah time tu, menumpang rumah makcik kat sungai buloh setiap hari ulang alik ke kl Sebab sekolah kat maluri.

“Kadang2 mandi kat petronas tido dlm kereta. Tuition tak pegi sebab xmampu. Tp Alhamdulillah result upsr tak mengecewakn,” maklumnya sambil menyifatkan dirikan bukan bodoh seperti yang disangka sesetengah pihak.

“Saya tak bodoh, dyslexics people tak bodoh.Sebenarnya kami genius cuma dengan cara pembelajaran yg betul kami boleh jd lebih cerdik dari org biasa,” tulis Hanee panjang lebar.

Semalam merupakan episod keempat Dewi Remaja dan untuk episod seterusnya, jangan lepaskan peluang menonton Dewi Remaja 2018/2019 setiap hari Ahad pukul 10.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

“Buduh Hitam, Macam Afrika” – Remaja Kutuk Warna Kulit Haneesya Hanee, Ini Makanannya!

Peserta Dewi Remaja 2018/2019 yang juga seorang pelakon, Haneesya Hanee mendedahkan dia menerima kiriman mesej ekstrem berbaur penghinaan daripada seorang remaja perempuan. Dedah Haneesya, remaja itu menghina warna kulitnya dan disifatkan seperti gadis Afrika.

“The recent DM yang Hanee dapat. ‘Buduh hitam, macam Afrika’ (budak sekolah lagi girl pula tu). “Okay, firstly you mengeja pun tak betul. “Secondly, why not dik hitam macam Afrika pun akak ni bangga lahai dapat kulit hitam macam Afrika ni sebab kulit hitam inilah akak boleh cari rezeki untuk family akak,” kata Hanee.

Malah, Hanee punyai cara tersendiri untuk ‘menyekolahkan’ netizen yang bersikap kasar terhadapnya. “I tak kisah pun orang cakap apa, tapi korang selalu tanya how I deal dengan kutukan orang. “Inilah cara Hanee, Hanee tak reply pun DM budak tu Hanee siap spam like IG dia story semua tengok,” tambah Hanee. Entri itu mendapat sokongan netizen yang memuji kecantikan gadis itu dan menyelar tindakan remaja perempuan yang bersikap prejudis tersebut. Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Cik Reen Encik Ngok Ngek itu berdarah kacukan Melayu dan Arab. Bukan kali pertama dibuli, pemilik nama sebenar Sharifah Haneesya Sayed Sahlan itu hampir putus asa apabila warna kulitnya menjadi subjek kritikan orang sekeliling hingga hampir berputus asa dalam bidang seni.

Finalis Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee mendedahkan pernah digelar dengan pelbagai nama buruk kerana perbezaan warna kulitnya.

Katanya, ada sebahagian tohmahan dan cacian itu terlalu berat untuk diterima gadis berusia 18 tahun itu.

“Saya pernah dipanggil ‘negro’, ‘keling’, arang, muka ahli neraka, muka macam b**i, malah pernah diugut pukul kalau ada yang jumpa saya depan-depan,” katanya kepada MH.

Hanee ditemui ketika Sidang Media Pengumuman Top 12 Finalis Dewi Remaja 2018/2019 bertempat di Hard Rock Cafe, pada Rabu.

Tambahnya lagi, dia sangat bersyukur terpilih menjadi salah seorang finalis Dewi Remaja kerana dapat membuktikan kepada para haters bahawa dia mampu lakukannya walaupun terdapat kekurangan diri.

“Pada saya, dapat masuk ‘top 12’ ni pun dan bersyukur sangat kerana dapat buktikan pada semua orang bahawa tak kisahlah sama ada kau tak cukup tinggi ke, gemuk ke, kurus ke, kalau you berjaya apa yang you mampu buat dan kalau you ada cita-cita jadi ‘just go for it.

“Tiada apa yang boleh hentikan kalau you ada semangat untuk berjaya. Selain itu, Hanee juga nak buka mata remaja-remaja di luar sana bahawa ia tidak terlalu lewat untuk berubah, ‘just be yourself’,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hanee juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong dan juga kepada mereka yang sering menkritik dirinya selama ini.

“Keluarga saya sangat menyokong terutamanya mak saya. Tanpa dia, memang susah lah dan kepada ‘haters’, terima kasih atas semua cacian dan makian anda, saya berada di sini sekarang kerana anda semua juga,” katanya lagi.

Program tersebut akan menemui penonton pada hari Ahad jam 10.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) mulai 25 November

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RojakMedia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber : Gempak.com

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*