“Sebuah Penutup Yang Sangat Mengesankan,” – Syafiq Kyle ‘Tutup Buku’ Nur 2

Beberapa minit selepas episod Nur2 berakhir, Syafiq Kyle ada memberi reaksi terhadap drama rantaian itu secara keseluruhannya.

Pada masa sama, hero filem Langsuir itu turut mengucapkan terima kasih buat peminat setia drama rantaian yang disiarkan menerusi slot Samarinda itu.

“Sebuah penutup yang sangat mengesankan. Terima kasih untuk semua yang setia menjadi pemuja naskhah yang terlalu luar biasa.

“Ada rezeki kita jumpa lagi. Assalammualaikum – Ustaz Adam,” tulisnya ringkas menerusi Instagram sambil di susuli dengan tanda palang #nur2 #setulusikhlas.

Pada masa sama, peminat turut dilihat meninggalkan pendapat yang pelbagai di ruangan komen entri pelakon berkenaan.

Foto: Instagram Syafiq Kyle

Kedua Hero Remaja Selepas Fattah Amin, Ini 10 Fakta Syafiq Kyle, Rupanya Dia…

Kacak dan bergaya. Itulah fizikal yang boleh digambarkan apabila menyebut pelakon yang bernama Syafiq Kyle.

Aktor ini kembali diperkata, serentak dengan bermulanya perjalanan drama Nur 2, bermula semalam.

Jadi, ikuti 10 fakta menarik mengenai pelakon yang bernama Syafiq Kyle ini. Check it out!

1.Syafiq Kyle atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Bin Abdul Razak dilahirkan pada 24 Jun 1992 dan membesar di Kuala Lumpur.

2.Pelakon berusia 27 tahun ini merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik yang kesemuanya lelaki.

3.Sebelum memulakan kerjaya sebagai pelakon, Syafiq merupakan graduan Diploma Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

4. Pernah menyertai pencarian Hero Remaja 2011/2012 bersama-sama dengan Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir dan ramai lagi. Syafiq dinobatkan sebagai naib juara.

5.Sekitar 2011, Syafiq telah memulakan karier sebagai pelakon dan telah muncul di televisyen buat kali pertama menerusi drama lakonannya berjudul Iparku Diva di Astro Warna.

6.Kemudian, Syafiq semakin dikenali menerusi lakonannya di dalam sebuah drama berunsur keagamaan, Tanah Kubur di Astro OASIS.

7.Sehingga kini, sudah lebih 30 buah drama yang dilakonkan pelakon ini. Antara dramanya ialah Kerana Terpaksa Aku Relakan, Mencintaimu Mr.Photographer, Dekatkan Jarak Kita dan banyak lagi.

8.Nama Syafiq kian dikenali apabila muncul dengan watak Ustaz Adam menerusi Nur. Ia mencipta fenomena yang sekali gus meningkatkan lagi popularitinya

 

9. Syafiq juga turut dihimpit kontr0versi apabila berlakunya penularan video lucah di laman media sosial yang didakwa mirip wajah pelakon terbabit.

10. Syafiq memenangi Anugerah Skrin 2018 untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian.

Sumber : Carian Google/ Instagram Syafiq Kyle

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber 

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*