“Tak Sabar Nak Tambah Baby…” – Amyra Rosli

PELAKON Amyra Rosli memberitahu dia ada terfikir untuk hamil anak kedua memandangkan anak lelakinya Aqeef Anaqi sudah pun berusia setahun.

Bagaimanapun kata Amyra, jadualnya yang padat sepanjang tahun hadapan termasuk bakal memasuki set penggambaran drama bersiri Nur 2 pada Januari selama dua bulan membuatkan dia berfikir kembali perancangannya itu.

“Kalau ikutkan memang nak malah tak sabar rasanya nak tambah baby tapi nampaknya bukan sekarang.

“Selain jadual saya yang padat rasanya buat masa ini saya dan suami ingin memberi fokus kepada Anaqi terlebih dahulu… Dia pun tengah lasak sekarang,” katanya kepada mStar Online.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 27, berkahwin dengan aktor Amar Baharin November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung pada 15 Oktober tahun lalu.

Pasangan bahagia… Amyra dan Amar. 

Dalam pada itu, Amyra berkata, dia teruja untuk kembali ke set Nur 2 walaupun sedar bebanan yang harus dipukul memandangkan ramai menantikan kemunculan sekual drama tersebut.

Pun begitu kata Amyra, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara tersebut sebaliknya lebih menumpukan terhadap skrip serta visi pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin bagi menjayakan wataknya.

“Saya tidak menganggap Nur 2 ini adalah sambungan kepada siri pertama sebaliknya ia karya segar kerana menerusi cara itu saya boleh beri kelainan dalam watak saya.

“Saya sedar harapan peminat itu tinggi tetapi paling penting ketika berada di set saya berikan terbaik,” ujarnya.

Nur 2 dijangka bakal ditayangkan pada Mac depan.

Pelakon Amyra Rosli mendedahkan pertama kali dia menitiskan air mata selepas bergelar ibu ketika berjauhan dengan anak sulungnya, Aqeef Anaqi selama empat hari.

Kata Amyra, 27, tempoh itu merupakan pengalaman kali pertama terpaksa berjauhan dengan anaknya dalam tempoh paling lama.

“Baru saya faham perasaan seorang ibu yang anaknya tiada depan mata. Selama ini, kalau tinggal pun cuma beberapa jam.

“Tapi apabila terpaksa berjauhan selama empat hari, hati saya tidak tenteram. Memang menangislah jawabnya!

“Pada mulanya saya ingatkan anak saya akan ikut sekali untuk ke Bangkok (Thailand), namun rupa-rupanya Amar sudah tempah tiket untuk kami berdua sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Amyra ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton di The Everly Putrajaya hari ini.

Sepanjang tempoh berpantang hingga kini, Amyra menyerahkan tugas menjaga dan menguruskan anaknya kepada ibunya, Noor Zaridah Ahmad.

“Ibu saya sendiri yang menawarkan diri untuk menjaga anak saya, malah adakalanya Aqeef lebih rapat dengan ibu saya berbanding saya.

“Sejujurnya saya kurang percayakan orang luar untuk menjaga anak saya, jadi lebih baik saya sendiri yang jaga,” tambahnya.

Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata sulung Aqeef Anaqi pada Disember 2017. 

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RojakMedia

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*