Hukum Menahan Kentut Ketika Solat!

Soalan:

Apa hukum menahan kentut ketika solat?

Jawapan UAI:

Semasa solat, ada beberapa perkara yang mungkin kita hendak buat. Contohnya hendak kencing, berak ,tidur, makan, minum dan jimak. bagi sesiapa yang ketika itu hendak menunaikan solat, tetapi hatinya mahu makan kerana makanan sudah tersedia, maka makanlah dahulu sebelum menunaikan solat. 

Atau sebelum solat mereka mahu tidak tahan dan mahu melakukan mana-mana 6 perkara tersebut, maka lakukanlah sebelum menunaikan solat. Ini untuk menjaga hati supaya kusyuk dalam solat. Kerana solat adalah untuk mengingati Allah sahaja.

Jika semasa kita sedang solat, kita terasa mahu melepaskan hajat dan rasa tidak tertahan. Maka boleh membatalkan solat dan melepaskan hajat dahulu.

Jika kita terasa mahu terkentut, maka jika boleh tahan maka tahanlah. Namun jika ia sehinggakan mengganggu solat, maka kentutlah dahulu( automatik solat terbatal). Jadi, selepas itu solatlah semula. 

SYARAT sah solat mestilah terpelihara daripada perkara yang membatalkan wuduknya.

Satu perkara yang membatalkan wuduk ialah membuang angin atau terkentut.

Jika ia menahan sehingga angin tidak keluar maka wuduknya tetap sah.

Justeru, usahanya menahan angin itu sendiri tidak membatalkan solatnya.

Imam Ahmad dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak (perlu mengulangi) wuduk kecuali kerana ada suara (buang angin) atau mendengar bunyi angin (kentut).”

Imam Muslim, Abu Daud dan al-Tirmizi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Jika seorang daripada kamu berasakan ada angin (ketika dia ada) dalam masjid, maka janganlah dia keluar (untuk berwuduk), kecuali apabila dia mendengar bunyi atau menemukan angin.”

Memang solat seseorang yang menahan angin atau air kecil dan besar dihukumkan makruh oleh ulama kerana keadaan demikian sudah tentu mengganggu soal khusyuk dirinya. Akan tetapi perkara ini tidaklah sampai membatalkan solat.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber: U-tube Ustaz Azhar Idrus

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*