Inilah Satu-satunya Sahabat Rasulullah Saw Yg Mempunyai Akaun Bank Di Arab Saudi.

Sungguh kagum apabila mendengar kisah ini. Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta yang ada kemudiannya beranak-pinak selama beribu tahun. Menjadi pahala yang tidak putus-putus, mengalir deras ke akhirat walau kita sudah terputus hubungan dengan dunia ini.

Mungkin ada yang masih belum mengetahui siapakah dia yang dimaksudkan. Itulah Uthman bin Affan bin Abu Al-‘As bin Umayyah bin Abdul Syams bin Abdul Manaf r.a. Salah seorang daripada sepuluh orang sahabat Nabi yang dijamin syurga oleh Allah SWT.

Beliau merupakan khalifah Islam ketiga daripada Khulafa Al-Rasyidin pada tahun 644 hingga 655 Masihi, selama 12 tahun. Kekayaannya melimpah-ruah, namun sedikit pun tidak melekakannya dalam perjuangan agama.

Bagaimana dengan membeli sebuah telaga 1400 tahun lalu dan mewakafkannya, kini hasilnya digunakan bagi membantu fakir miskin dan anak yatim? Ikuti perkongsian seperti di bawah oleh Zine Islamik. Semoga bermanfaat buat semua.

Tahukah anda, Saidina Uthman bin Affan masih memiliki sebuah akaun di Saudi Bank dan sebuah hotel mewah di Madinah sehingga ke hari ini?

Bahkan bil elektrik dan bil air juga, penamanya adalah Saidina Uthman sahabat Baginda Rasulullah SAW yang mulia. 

1400 tahun yang lalu, beliau membeli sebuah telaga dan mewakafkannya kepada para Muslimin. Dari telaga itu, telah tumbuhnya pokok-pokok kurma yang menghasilkan income. Separuh daripada income itu dimasukkan ke dalam akaun bank beliau, dan separuh lagi disedekahkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim. 

Ladang kurma menjadi sangat subur, dan memberi pulangan yang sangat lumayan, kerajaan Arab Saudi telah membina sebuah hotel mewah di bandar Madinah Munawwarah. 

Ada yang berpendapat, hasil pendapatan dari itu pada setiap tahun adalah kira-kira 50 juta riyal (SAR)! Separuh dari total pendapatan itu masih diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam akaun beliau di bawah seliaan Kementerian Wakaf Arab Saudi.

Inilah yang dikatakan sedekah jariah yang tak akan putus. 3 amalan yang Nabi Muhammad SAW jamin tak akan putus, ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh. 

Siapa sangka, hanya dengan sebuah telaga, harta beranak-pinak selama beribu tahun tanpa putus. Pahala mengalir deras ke dalam. Mana tahu, dengan kita sebarkan manfaat dan kebaikan pada hari ini, pahala mengalir tanpa putus hingga ke syurga.

BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Nama penuh adalah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-’As Bin Umaiyah. Beliau dari Keturunan Bani Umaiyah. Beliau telah lahir pada 576M Iaitu 6 tahun selepas “Tahun Gaja” dan lahir di Makkah Al-Mukarramah.

Beliau juga merupakan Khalifah Ketiga daripada Khulafa’ Al-Rasyidin pada 644M Bersamaan 23 Hijrah selama 12 TAHUN dan  Wafat pada : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.

Sebab kewafatan beliau adalah disebabkan dibonoh oleh pemberontak ketika sedang membaca Al Quran. Beliau mendapat gelaran “Zu Nurain” ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW ).

Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah. Beliau juga adalah seorang yang sangta penyantun dan lemah lembut,sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh.

Antara jasa Saidina Usthman adalah membeli perigi “Raumah” dengan harga 35,000 dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan orang ramai. Beliau juga ada membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi, membebaskan hamba pada hari Jumaat setiap minggu serta menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10,000 dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Tabuk.

Antara jasa lain, Saidina Uthman menjadi utusan Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiyah serta menubuhkan Angkatan Tantara Laut.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

Sumber: RM

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*