Puding Tembikai Awesome Yang Masih Ramai Belum Cuba

Cantik pula puding tembikai ini.  Warna merah dan kuning. Tentu sahaj memikat anak-anak kecil. Berlumba menghabiskannnya. Puding mudah dan cantik ini menggunakan roti yang diblend halus.  
Itulah yang membuatkan teksturnya menjadi halus dan senang dihadam. Dapat pula menyejukkan tekak semasa cuaca panans ni.

PUDING TEMBIKAI

Bahan-Bahan:

1 paket agar2 serbuk 
2 keping roti gardenia *
6 cawan air 
1 1/2 cawan gula 
1/2 tin susu pekat 
1 cawan susu cair 
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau dipotong kecil
sedikit pewarna hijau /merah / kuning

Cara Membuatnya:

01.  Masak agar-agar bersama gula dan air hingga larut dan hancur. 

02.  Sementara itu, carik-carikkan dan rendam roti dalam susu cair.  Masukkan susu cair, roti dan susu pekat manis. Blend hingga halus.

03.  Setelah agar-agar dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.

04.  Sediakan  2 acuan untuk membuat puding tembikai merah dan puding tembikai kuning. Ambil 1 cawan  adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit.

05.  Ambil 3/4 cawan warna asal, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit.

06.  Adunan selebihnya di bahagikan kepada 2 warna iaitu, kuning dan hijau. Curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. 

07.  Biar sejuk. Simpan ke dalam peti sejuk. 

Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen.

Sumber: Resepi Shila Rusly 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*