Dr. Amalina Mohon Orang Ramai Hulurkan Sumbangan Percepatkan Urusan Ainul Mardhiah Ke London

Semalam, ayah kepada adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin telah mengesahkan bahawa Dr. Amalina Che Bakri telah memberi maklum balas kepadanya dengan menyatakan pasukan beliau sudah siap sedia menerima kehadiran Ainul Mardhiah ke United Kingdom bagi menjalani rawatan di sana.

Namun, dalam entri Safiuddin itu juga menyatakan Ainul perlu menjalani imbasan MRI terlebih dahulu di Malaysia sebelum berangkat ke London. Menurut Dr.Amalina ramai pakar di sana ingin membantu Ainul untuk kembali sembuh seperti kanak-kanak yang lain

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It’s Saturday, just another day at work on call 💉 Ramadan Kareem everyone! #workhardplayharder #ilooklikeasurgeon #independentwomencan

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

Dalam ‘story’ di akaun Instagram Dr. Amalina juga memohon jasa baik masyarakat untuk memberi sedikit sumbangan untuk membawa Ainul Mardhiah dengan segera ke London. Turut tertera nombor akaun Ahmad Safiuddin.

Untuk anda menghulurkan bantuan boleh terus salurkan ke akaun ayah Ainul. 554110509928 (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak Maybank).

Sumber: Dr.AmalinaAhmad Safiuddin

Dr Amalina di UK and ‘team’ sudah respon – bapa adik Ainul luah rasa syukur

Khabar gembira daripada Ahmad Safiuddin, bapa kepada adik Ainul Mardhiah.

Beberapa minit lalu, beliau telah memuat naik status di laman Facebook miliknya menyatakan Dr. Amalina Bakri dan para perubatan di United Kingdom (UK) telah bersedia mengambil kes anaknya.

“Assalamualaikum. Update terkini, Dr Amalina di UK and team sudah respon,” tulisnya.

Susulan berita baik itu, beliau dikehendaki melakukan ujian MRI kepada adik Ainul.

“Mereka dah ready di sana dan minta kami buat MRI di sini.

“Menurut kata Dr Amalina, pakar-pakar di UK ramai yang nak bantu Ainul.

“Apa pun jalannya, semoga Allah permudahkan. Semoga ada Allah dalam setiap langkah dan usaha kami,” ujarnya penuh kesyukuran.

Sumber : MHE TV

Dr Amalina Bantu Ainul

Dr Amalina ada hubungi saya di WhatsApp, dia beritahu akan bantu Ainul Mardhiah,” kata Nurul Erwani Zaidi, 24, ibu kepada bayi lapan bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap k4nser Germ Cell Tum0r.

Nurul Erwani berkata, Dr Nur Amalina Che Bakri cuba menghubunginya dengan membuat carian di Instagram (IG) sebelum mereka berhubung melalui mesej di media sosial itu.

Katanya, selepas mendapat mesej di IG, dia memberikan nombor telefonnya kepada Dr Amalina sebelum doktor yang berpangkalan di United Kingdom (UK) itu menghubunginya menerusi WhatsApp.

“Dalam perbualan kami, Dr Amalina minta laporan perubatan anak saya kerana akan membawa isu itu kepada doktor di sana termasuk pakar dalam bidang masing-masing.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback again to 2013! — The day when I became a doctor, it was probably the best day of my life. My decision to become a doctor was largely driven by my desire to help others. It was very heartbreaking to hear about baby Ainul’s story. She has to go through such hardship at such a young age. Thank you to to those of you who messaged me. I’m currently in touch with Ainul’s mother and I have received her medical records. I’ve contacted a few of my colleagues, but because it is a very complex case, we need to do a multidisciplinary meeting (between different specialties) to discuss about her case. To Ainul’s parents, please stay strong. In the meantime, let’s all pray for Baby Ainul. 🙏🏽

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri) on

“Menurutnya, dia akan sentiasa berhubung dengan saya.

“Begitupun, Dr Amalina juga beritahu yang UK sedang cuti umum dua hari, jadi dia hanya dapat kemukakan kepada doktor lain laporan perubatan itu, minggu depan (ini) dan akan terus menghubungi saya selepas bermesyuarat dengan doktor lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sebagai ibu, dia gembira apabila ada doktor dari luar negara sudi membantu mencari jalan memulihkan anaknya.

Selain itu, katanya, seorang doktor tempatan dari hospital swasta ada menyarankan mereka sekeluarga mengisi borang untuk mendapatkan khidmat perubatan di Amerika Syarikat (AS).

“Doktor itu beritahu saya untuk isi borang selengkapnya bagi dihantar ke Universiti Perubatan John Hopkins, Baltimore, Maryland, AS. Dia akan bantu kirimkan borang itu kepada universiti terbabit,” katanya.

Kelmarin, Dr Amalina menerusi akaun IG dramalinabakri memuat naik status kecenderungannya menjadi doktor untuk membantu orang lain dan mengutarakan penyak1t dialami Ainul Mardhiah.

Dalam statusnya itu, tertulis yang dia menerima laporan perubatan Ainul Mardhiah daripada Nurul Erwani, malah juga menghubungi beberapa rakan doktornya daripada pelbagai bidang kepakaran untuk membincangkan k3s yang dianggap kompleks itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : Harian Metro

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*