‘Saya rindu senyumannya’ – Suami kekal setia demi isteri tercinta & ini yang dipinta kepada rakyat Malaysia!

“SAYA tidak dapat menahan air mata setiap kali menatap wajahnya. Jauh di sudut hati, saya mahu melihatnya tersenyum seperti dulu,” kata Abdul Rahim Alias yang setia menjaga isterinya, Shahidatul Nadiana Suhaimi, 25, yang terIantar akibat assma kr0nik.

Tidak sedarkan diri

Shahidatul Nadiana menghidap asmma ketika usia remaja namun pada 7 November tahun lalu, dia mengalami sessak nafas selepas menjalani rawatan imbasan xRay di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dan tidak sedarkan diri sehingga kini.

Abdul Rahim, 25, berkata, dia reda dengan ketentuan Ilahi dan tekad untuk menjaga isterinya.

Bekerja sebagai petani

“Walaupun pendapatan saya sebagai petani tidak menentu, namun sumbangan mereka yang datang menziarah selain simpanan yang ada, sedikit sebanyak meringankan beban membeli barangan keperluan.

Sewa mesin oksigen

“Setiap bulan saya perlu membelanjakan sehingga RM2,000 untuk membeli susu khas, lampin pakai buang, kos menyewa ambulans setiap kali temu janji termasuk sewa mesin oksigen RM350…

Antara komen dari suami, mohon bantuan doa dari masyarakat..

“Susu berharga RM45 setin hanya bertahan untuk sehari dan diberi minum lima kali sehari setiap empat jam melalui tiub yang dipasang di hidungnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Renek, Bukit Marak, Kota Bharu hari ini.

Pasangan itu menerima kunjungan Skuad Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Prihatin Kelantan menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban.

Turut hadir, Pengarah PERKESO Negeri, Nora Yaacob.

Abdul Rahim berkata, sebelum isterinya terlantar dia pernah bekerja di restoran makanan segera selama lima tahun.

Hanya gerakkan mata sebagai isyarat

“Namun kini, dia hanya terlantar dan perlu diuruskan sepanjang masa serta hanya menggerakkan mata sebagai tanda isyarat,” katanya.

Katanya, isterinya juga mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

Sementara itu, Nora berkata, melalui kunjungan awal yang dilakukan oleh Skuad PERKESO semakan sudah dibuat dan mendapati carumannya layak mendapat pencen iIat.

Perkeso beri bantuan

“Wanita ini layak menerima pencen iIat sebanyak RM491.83 sebulan dan elaun layanan sentiasa (ELS) berjumlah RM500 sebulan kepada penjaganya serta bantuan alat pemulihan secara berkala seperti susu khas, lampin pakai buang, beg air kenciing, saluran tiub dan mesin 0ksigen,”

katanya saat menghulurkan bantuan.

Antara komen warganet memuji keikhlasan seorang suami setia di saat susah bersama:

 

Sumber : Harianmetrro

 

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*