Masya Allah مَاشَآءَاللّهُ, Kisah Sultan Abdullah Menyantuni Bekas Qadhi Besar Pahang

Syed Ibrahim Syed Ahmad

Masya Allah مَاشَآءَاللّهُ…

Demikianlah KDYMM Tuanku !

Ketika kami semua Menggiringi KDYMM Tuanku Sultan. Baginda Teserempak dengan Al Fadhil Dato Mutallib al Fakawi Bekas Kadhi Besar Pahang diera 1980an yang sedang begerak di anjung masjid dengan kerusi rodanya setelah selesai berjamaah.

Ketika itu Tuanku berkenan untuk berangkat ke Meja Santapan. Lalu Tuanku mengambil Kerusi Roda dan menolaknya. Ketika saya menyembah Tuanku dengan berkata

” MasyaAllah Tuanku Raja menggiring Ulamak”

Lantas Tuanku bertitah

“Beliau adalah Guru Saya”. 

Hampir 100m pegerakan dari Masjid ke khemah DiRaja Al Fadhil Dato Mutallib al Fakawi didorong mulia oleh Tuanku.

Maka saya terkenang ungkapan Khalifah Islam yang keempat Saiyidina Ali B Abi Talib;

من علمني حرفا فصرت له عبدا
Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf akan ku jadikan diri ini hamba disisinya.

Bak kata pepatah orang tua2 : Tak Hilang Bisa Ular menyusur akar.

#DirgahayuTuanku.

sumber; Syed Ibrahim Syed Ahmad 

Berita sisipan

Gelaran Sultan Pahang yang baru

Sultan Pahang VI, Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Daulat Tuanku. Allahuakbar.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber; Khairol Azhar Ishak

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*