4 Selebriti Hadiahkan Kereta Buat Ibu & Ayah Tercinta!

Wah nampaknya sejak akhir-akhir ini ramai selebriti yang mengambil peluang menghadiahkan insan tersayang terutamanya ibu bapa dengan sebuah kereta.
MH akui sungguh terharu dan tumpang gembira melihat keikhlasan para selebriti ini memberi ganjaran buat ibu bapa mereka apabila mempunyai kesempatan seperti ini.

Terbaru MH ada melihat Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ada menghadiahkan kereta pada ayah Hairul.
Nah, ini dia antara selebriti yang telah menghadiahkan kereta khas buat ibu dan ayah tercinta!

Fattah Amin

Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai ganjaran kemenangannya di Balai Berita, di sini, hari ini.

Fattah menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dengan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, kenderaan berkenaan akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47, yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Shuib & Siti Sarah

Difahamkan Shuib menghadiahkan sebuah kereta berwarna putih itu kepada ibunya sempena hari jadi wanita berkenaan pada 8 Disember yang lalu.

Selain ucapan hari lahir buat wanita berkenaan, ternyata penampilan Sarah dan ibu Shuib menjadi perhatian netizen kenapa?

Rupanya rata-rata terkesima dengan penampilan ibu Shuib yang dikategorikan sebagai hipster, manakala Sarah pula menerima teguran berkaitan rupanya yang berbeza daripada imejnya di Instagram.

Janna Nick

PELAKON Janna Nick, 23, membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya kereta mewah Mercedes-Benz CLA 200 yang dianggarkan bernilai lebih RM230,000.

Hadiah itu diberikan sempena ulang tahun kelahiran ibunya, Shasha yang ke-44 tahun, semalam.

Kata Janna, ibunya tidak pernah meminta sebarang hadiah mewah malah selalu berpesan supaya jangan membazir.

“Saya pun tak pakai kereta mewah. Namun sebagai anak, tak salah untuk berbelanja kepada orang yang kita sayang terutama ibu yang melahir dan membesarkan saya selama ini.

“Saya percaya kalau kita mendahulukan ibu dan keluarga dalam segala hal, Allah pasti memberi rezeki yang banyak. Lagi pula tidak perlu nak kedekut dengan ibu bapa dan adik beradik sendiri.

“Rezeki yang saya ada sekarang pun berkat daripada doa dan restu mereka. Jadi, tak salah untuk saya berkongsi,” katanya kepada Harian Metro.

Janna memilih kereta sebagai hadih sempena hari jadi kerana ingin ibunya lebih yakin.

“Mak saya seorang yang kurang berkeyakinan. Jadi saya harap dengan hadiah ini dia lebih berani.

“Jauh di sudut hati seorang ibu, saya pasti dia gembira dengan apa yang diterima. Saya bukannya ingin menunjuk-nunjuk atau riak, sebaliknya berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang.

“Saya berharap ia juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai dan membalas jasa orang tua dalam apa cara sekali pun,” katanya.

Hairul Azreen & Hanis Zalikha

 

Sumber: Ais Limau

Apa kata anda?