Berat Badan Turun, Tania Hudson Alami Masalah Kesihatan Lama?

KUALA LUMPUR 3 Mac. – Penurunan berat badan yang mendadak yang dialami oleh aktres Tania Hudson bukanlah disebabkan sejarah hitam yang pernah dialami tujuh tahun lalu berulang kembali.

Jelas Tania, 33, faktor kadar metabolisme tinggi antara penyebab utama pelakon filem Abang Long Fadil 2 itu mengalami penurunan berat badan.

“Berat badan saya senang turun dengan cepat sebab saya memiliki metabolisme yang agak tinggi. 

“Sebab itulah saya sukar nak naikkan berat badan. Tapi adakalanya tanpa disedari berat badan boleh bertambah. Ia tidak konsisten sebab itulah saya jarang timbang berat badan,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Dalam pada itu Tania menyangkal penyakit yang dialaminya dulu iaitu arteriovenous malformation (AVM) yang menyerang otak membuatkan fizikal tubuh badannya berubah.

“Tidaklah. Saya sudah sembuh sepenuhnya dan tidak lagi mendapatkan rawatan dari pakar perubatan.

“Jadi ia tiada kena mengena dengan sakit yang pernah saya alami dulu,” ujarnya.

Sumber: Ais Limau

Apa kata anda?