“Kesian Dia Heartbreak Nak Laksanakan Tanggungjawab,”- Sharifah Amani Beri Respon Babak Ibu Ditarik, Ini Penjelasan Azhan Rani

Pelakon, Azhan Rani menjelaskan babak mengheret ibu Hajah yang didukung Fatimah Abu Bakar dalam drama, Nur 2 sebenarnya boleh dipotong tetapi tetap diteruskan juga oleh kerana permintaan pelakon senior itu sendiri.

Menurutnya, pengarah telah memberikan pilihan sama ada babak tersebut dibuang atau pun menggunakan kaedah ‘body double’ tetapi ibu Fatimah sendiri yang teruja untuk melakonkan babak berkenaan.

Kenyataan tersebut dibuat Azhan di laman Twitter miliknya selepas anak Fatimah, Syarifah Amani memberikan pujian terhadap lakonan mereka yang meninggalkan kesan mendalam di hati para penonton itu.

“Allahuakbar sebenarnya adikku, berkali2 director bagi pilihan scene ni boleh je buang atau guna body double.

“Tapi your mummy yg excited nak buat scene ni. Yang seret tu dia yg punya technic sebab dia dah demo masa reharsal. Siap bangun lompat tepuk tangan lagi. #jomkecamibuhajah,” tulisnya.

Terdahulu, Sharifah Amani ada memberikan responnya terhadap babak yang boleh dianggap ganas yang melibatkan ibunya itu.

“I remember Mama told me how difficult it was for you to do this scene Abang. Kesian dia heartbreak nak laksanakan tanggungjawab.

“Mama and I are so proud of you Abangku @azhanrani Walaupun Adik tak sanggup tengok scene nie.

“Hahahahaha! Mama gitu Bang. She felt so sorry for you but she was so proud at the same time. Korang best gila lah! Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Buat pengetahuan, Drama Nur 2 telahpun melabuhkan tirainya pada semalam dan ternyata filem tersebut berjaya memberi impak di hati para penonton.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So Fatimah finally came to see us, we call her Fati of course, she would never agree to be called Timah. Haih lah my Heart. You are with me everyday, during rehearsals, during shows. I think this is the first time you weren’t in the crowd on opening night. Everybody asks about you everyday. “When is your Mama coming?” they ask. And every time they asked my heart broke a little. (Yes I drama) But you made it!! Syukur Alhamdulillah. I start the play looking like you and I make sure that my words are clear and my movements are strong. Thank you and Papa for bringing us to the theatre on school nights, for introducing us to our passions and for being the best parents in the world. I know the whole world loves you but I’m your only Ani!! You named me your hopes, your dreams and I will continue to carry your hopes and dreams through me for as long as I’m allowed to. Mudah mudahan. I love you so much my Srikandi Pentas! 💞🎭💞

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Azhan Rani minta watak Ustaz Hamadi dim4tikan. Ini Sebabnya..

WATAK Ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh pelakon hebat, Azhan Rani menerusi drama Nur 2 betul-betul memberi kesan kepada penonton, apatah lagi apabila wataknya dim4tikan.

Menurut pengarah drama popular itu, Shahrulezad Mohameddin, dalam satu temu bual bersama Hot FM pagi tadi, mendedahkan Azhan sendiri yang meminta agar watak tersebut dimatikan.

“Dia tak percaya pada sekuel. Malah, masa kami nak buat Nur 2, orang yang sangat susah nak pujuk ialah Azhan.

“Bagaimanapun, Azhan berjaya dipujuk. Dia menjanjikan lakonan sebagai Ustaz Hamadi pada Nur 2 adalah yang terakhir.

“Azhan memang payah, saya fikir kalau dia tak buat, saya pun takkan buat. Saya tak ada masalah kalau Azhan tak dapat buat, tetapi ia akan mengecewakan para pelakon lain.

“Pujuk-pujuk dan terangkan watak dia pada kali ini lebih garang dan terangkan lagi kenapa Madi macam itu, dia tertarik namun pada masa sama berjanji ini akan menjadi lakonannya yang terakhir sebagai Madi,” ujar Shahrulezad yang juga dikenali dengan nama Budak Ijat.

Azhan Rani

Azhan Rani

Tambahnya, dalam produksi Nur terdapat dua orang yang skeptikal dengan naskhah pada kali ini iaitu Azhan dan dirinya sendiri.

‘Sebab saya tak pernah terfikir ada sekuel yang perlu, kalau habis…habis lah. Tetapi, sebab drama ini diteruskan ialah kerana mendapat permintaan ramai orang.

“Oleh sebab itu, saya rasa ada cerita yang boleh dikembangkan lagi saya mencadangkan untuk ada kan Nur 2,” katanya.

Selain Azhan, penolong pengarah, Uchee, yang turut menjadi pelakon tambahan dalam Nur 2, juga menjadi bualan di social media.

Barisan pelakon Nur 2 lain terdiri daripada Amyra Rosli, Syafiq KyleJalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, dan Raja Atiq.

Foto: Instagram Azhan Rani, Sharifah Amani

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber  : MH

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*