Selepas Isu Farid Kamil, Ramai Netizen Terkejut Kenapa Diana Danielle Menukar Imej Berambut Pendek?! Ini Rupanya Punca Sebenar Yang Netizen Tak Tahu…

SELEPAS dihimpit kontroversi suaminya Datuk Farid Kamil ditahan akibat didakwa menampar anggota polis minggu lalu, Datin Diana Danielle pada Khamis tampil dengan potongan rambut pendek yang mencuri perhatian peminatnya di laman Instagram.

Diana menunjukkan gaya terbaharu rambutnya itu ketika dia menghadiri raptai perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia di Iskandar Puteri, Johor.

Kebanyakan peminat memuji penampilan baharu itu dan berpandangan Diana kelihatan lebih muda dan segar dengan potongan rambut pendek.

“Sekali pandang macam Sofea Jane. Nampak muda remaja.

“Alamak sis, handsome teruk lah rambut pendek. By the way, selamat berjaya,” komen netizen.

Malah, ada juga yang menggunakan kesempatan itu dengan memberikan kata-kata semangat kepada isteri Farid itu.

Pelakon filem Hanyut ini turut membuka semula ruangan komen di laman sosialnya itu setelah beberapa hari menutup ruangan tersebut.

Dikenali sebagai seorang wanita yang anggun, manis dan lembut berbicara, pelakon Datin Diana Danielle kini tampil dengan imej yang cukup berbeza. Diana telah memotong rambutnya menjadi pendek tetapi tetap memukau setiap mata yang memandangnya.

“Abang dah makan. Sayang?,” usiknya.

Gaya terbaru Diana mendapat pujian daripada netizen yang mengakui beliau kelihatan lebih cantik persis seperti aktres jelita Sofia Jane ketika muda.

“Semoga tabah hadapi ujian yang melanda keluarga anda sekarang. Semoga rahmatnya sentiasa mengiringi anda dan keluarga.

“Moga berjaya Didie, jangan campurkan urusan peribadi dan kerja ya. Hidup ini mesti diteruskan,” tulis peminat.

Sementara itu, pelakon Janna Nick turut memuat naik aksi mencuit hati Diana di menerusi Insta Story miliknya.

“Abang Didie…,” usik Janna.

Keletah dua aktres ini turut menarik minat pengikut sehingga ada yang memuat naik semula rakaman tersebut di laman sosial.

Mungkin juga imej rambut pendek ini adalah simbolik Diana untuk mendapatkan “semangat” baru selepas menghadapi pelbagai ujian berkaitan dengan kes Datuk Farid Kamil ditahan polis baru-baru ini. Semoga Diana terus tabah. Apa-apa pun, memang comel Diana berambut pendek, nampak lebih remaja. Hehe 

Sumber: Ais Limau

Apa kata anda?