[VIDEO] Rupanya, Emma Maembong Yang Perkenalkan Raff Pada Mawar. Kalau Dah Jodoh Tak Ke Mana!

Menerusi posting Instagram terkininya, pelakon yang kini sedang berpantang anak pertama, Mawar Rashid ada berkongsi video lawatan rakan selebriti, Emma Maembong bagi menjenguk cahaya matanya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video berkenaan, Emma dilihat cukup teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga rakannya itu. Malah, Emma sempat berselfie dan mendukung bayi lelaki yang diberi nama Raden Muhammad Rafael Raden Ahmad Faizal itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yay Mima @emma_maembongofficial finally datang visit @radenrafaelraf ❤️ Thank you Mima kenalkan mummy & papa @rafyaakob sampai naik pelamin and sekarang dah ada Rafael da 🥰

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

Lalu menerusi ruangan kapsyen pula, Mawar menitipkan ucapan terima kasih memandangkan Emma sebenarnya merupakan individu bertangunggjawab yang menemukan mereka.

Hubungan yang didasari atas status kawan biasa itu akhirnya menyemai rasa cinta hingga ke gerbang perkahwinan.

Yay Mima @emma_maembongofficial finally datang visit @radenrafaelraf ❤️ Thank you Mima kenalkan mummy & papa @rafyaakob sampai naik pelamin and sekarang dah ada Rafael da,” tulisnya ringkas.

Terdahulu, Mawar dan suaminya, Raff Yaakob mendirikan rumah tangga pada 9 Novrmber 2017 dengan sekali lafaz.

Demi Keluarga Raf Yaakob Mahu Jual Kereta BMW i8 Kesayangannya

PELAKON, Raf Yaakob berkata dia mahu membeli sebuah kereta baharu kerana bakal mempunyai sebuah keluarga yang besar.

Menurut suami kepada pelakon terkenal Mawar Rashid ini, Raf akan menjual kereta mewah jenis BMW i8 miliknya.

“Kemungkinan ini adalah gambar kenangan terakhir #MawaRadens bersama #BeMYi8.

“Keluarga saya sedang berkembang dan saya perlukan kereta yang besar. Jadi inilah masanya untuk menjual kereta ini.

“Walaupun sedih tetapi keluarga perlu diutamakan terlebih dahulu,” katanya di Instagram.

Sungguhpun begitu, Raf terlebih dahulu akan menyelesaikan urusan lain sebelum membeli kereta baharu.

“Buat masa sekarang nak fokus siapkan rumah dahulu. Lepas settle down, I’ll buy a new car again.

“Mengenali diri saya, saya akan selalu bekerja keras untuk menggapai impian saya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan,” tulisnya lagi.

Sementara itu di ruang komen Raf, Mawar tampil menjawab:

“Terima kasih kerana selalu mengutamakan keluarga. Semoga  ALLAH murahkan rezeki kita sekeluarga ya Raden,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon dan pengacara Janna Nick muncul memberikan komen “Its ok! Nanti rumah siap beli kete sport lain!” komen Janna.

[VIDEO] Mawar Rashid Dedah Tabiat Pelik Mengidam…

PELAKON Mawar Rashid berkata dia berdepan dengan beberapa tabiat pelik ketika diawal kehamilan anak pertamanya itu.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 23, diawal tiga bulan kandungan, dia mengalami sedikit alahan ringan, namun tidaklah seteruk wanita hamil yang lain.

“Trimester pertama kehamilan tak ada alahan yang teruk, muntah pun sikit-sikit sahaja, cumanya saya tak boleh bau minyak wangi dan tak boleh nak masuk dapur sangat.

“Yang peliknya, saya agak memilih soal makan, contohnya saya tak suka makan bahagian yang keras disekeliling roti. Kalau sebelum mengandung, makan apa pun okay sahaja!

“Sekarang ini semuanya dah kembali normal dan saya dah boleh bekerja seperti biasa,” katanya kepada mStar Online.

Mawar bersama suami, Raf Yaakob.

Peserta program Dewi Remaja 2015 ini hamil anak sulung dan kini kandungannya berusia empat bulan.

Dalam pada itu, Mawar memberitahu dia turut ‘mengidam’ sesuatu yang baginya agak pelik iaitu mahu menikmati makanan laut di tepi pantai.

Bagaimanapun, permintaannya itu masih belum dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu.

“Sekarang ni saya mengidam nak makan makanan laut di tepi pantai tetapi memandangkan cuaca tak menentu, jadi tak sampai lagi hajat tu.

“Tak tahulah kenapa rasa macam nak sangat ambil mood makan-makan tepi laut sambil ditiup angin, tunggu sahajalah tiba masanya nanti dapatlah penuhi permintaan itu,” katanya

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018.

Raf mempunyai dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu.

VIDEO PENUH :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

Foto: Instagram Mawar Rashid 

Sumber  : MH

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*