[VIDEO] Wow.. Tok Ti Berzumba Sporting Amat!

Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama peminatnya telah melancarkan Tabung Kebajikan Sitizoner khas kepada ahli kelab peminat tersebut yang kurang bernasib baik. Tabung kebajikan tersebut yang dilancarkan pada Januari lalu , diwujudkan untuk membantu Sitizoner yang sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri.

Siti, 39 tahun, berkata, tabung tersebut sudah lama ditubuhkan cuma beliau memilih untuk melancarkannya pada majlis ulangtahun ke-14 Sitizoner tahun ini.

Wang sumbangan adalah daripada kutipan yuran penyertaan ahli ke majlis ulang tahun semalam termasuk yang diberikan secara peribadi.

Dimaklumkan hari ini Dato Siti melayan peminatnya Kelab Siti Zoner yang di adakan di perkarangan Istana Budaya bagi memberi sokongan kepadanya dalan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2018)

Tanda sokongan saya kpd @abpbh31#sitizoners tersayang.. Zumba pagi tadi untuk team #sitizoners 💐💐

VIDEO :

Komen Netizen :

sporting giler kak iti

pandainya menari

forever my idol.. what a legend ctdk

“Segan Pun Ada Ni…” Kata Siti Nurhaliza Selepas Nama Jadi ‘Trending’ Pada Hari Lahir Ke 40 Tahun

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah tersendiri apabila namanya menjadi perhatian di laman sosial Twitter sempena ulang tahun kelahirannya ke 40 pada Jumaat iaitu 11 Januari 2019.

Tiga trending yang menggunakan kata kunci #sitigolden40th, TokTi dan Siti Nurhaliza adalah perkataan yang hangat diperkatakan netizen di laman sosial itu sejak pagi Jumaat.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan penyanyi kesayangan Malaysia itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Anta Permana ini turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberi ucapan dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Segan pun ada ni. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak ye,” tulisnya.

Siti ucap terima kasih kepada yang memberi ucapan hari jadi kepadanya.

Sementara itu, pengurusnya Rozi Abdul Razak berkata, apa yang dilalui oleh penyanyi itu adalah bayaran daripada segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang anak seni.

“Bagilah dia peluang, hari jadi diakan hari ini, tiga sekali tu trending.

“Kadang-kadang, Allah duga kita, Allah beri kita cabaran, Allah limpahkan kita suka duka, bahagia, perit, berjaya, jatuh, aniaya, fitnah dan macam-macam untuk menghadirkan sesuatu, hanya dia saja yang dapat ‘menikmati’ erti segala sesuatu itu,” ujarnya.

Penyanyi berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini dilahirkan pada 11 Januari 1979.

Siti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Siti Aafiyah yang kini berusia sembilan bulan.

Majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Nurhaliza kali ini akan di adakan pada malam Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran penyanyi nombor satu negara hari ni, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Astro Awani menitipkan ucapan terima kasih atas ucapan serta penghargaan yang didedikasikan kepadanya dari peminat dan rakan selebriti.

Siti menerusi sepotong video turut mengharapkan dia berpeluang untuk terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.

“Alhamdulillah semakin meningkat usia 40 saya harap boleh terus berbakti kepada masyarakat, peminat dan negara.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan artis, peminat yang mengenali mengayangi dan mengikuti saya yang telah buat ucapan. Ia sangat bermakna. Hanya Allah yang dapat membalas doa yang baik anda,” katanya.

Pada masa sama, penghibur nombor satu ini turut merakamkan ucapan terima kasih atas momen indah sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih atas momen yang sangat indah sepanjang saya bergelar Siti Nurhaliza, artis yang anda kenal. Saya sayangkan anda semua,” kongsinya sambil berterima kasih kepada Astro Awani atas peluang dedikasi hari jadi yang diberikan.

Terdahulu, tanda palang #SitiGolden40th rancak digunakan peminat menerusi media sosial sebagai simbolik penghargaan buat penyanyi nan satu itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdullillah.. Syukur ya Allah.. #sitigolden40th

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 Sumber/ Foto: Astro Awani/ Instagram Siti Nurhaliza via Mstar

Sumber: Instagram ctdk/bobofahad via jombaca.org

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*