”Jika Orang Awam Keluar Dari Sini, Baru Mereka Akan ‘Keluarkan’ Acap,” Abang Minta Orang Ramai Hormati Usaha Orang Kampung

Kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau dikenali sebagai Acap, kekal menjadi misteri sehingga kini. Memasuki hari ke-27 pencariannya, namakan apa sahaja usaha, segalanya telah dikerah, setiap pelusuk hutan juga telah diredah untuk mencari keberadaan anak muda itu.

Terbaru, abang kepada Acap tampil berkongsi perkembangan terbaru dalam usaha mencari adiknya. Melahirkan perasaan berat hati, beliau meminta semua sukarelawan yang menyertai misi mencari dan menyelamat untuk beredar dari kawasan tersebut.

Tindakan itu harus dilakukan susulan permintaan orang kampung yang didakwa boleh membantu usaha pencarian Acap jika semua orang awam keluar daripada kampung mereka. Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

Kita hold dulu dan beri laluan pada beberapa individu orang kampung kerana mengikut apa yang dikatakan jika orang awam keluar dari sini (kampung), baru mereka akan keluarkan Acap.

Jadi dengan rasa berat hati saya umumkan semua Volunteer Unit SAR (hampir 500 ahli) diminta untuk stand down. Kita hormati dan lihat progress dari mereka.

Hari-hari terakhir di Gopeng.. Untuk kamu #Acap

Perkarangangan Comand Centre Bomba yang telah dikosongkan
Peranti Pengesan Haba
Unit Volunteer SAR 1

 

Unit Volunteer SAR 2

Mengejutkan! Respon Abang Sulung Acap Mengenai Laporan Polis Yang Viral Baru-baru Ini Sangat Tak Disangka. Nekad Mahu Terus Cari Acap..Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi..

TANGGAL 16 April setiap tahun, Mohd Zahiruddin Hasan sentiasa menerima ucapan selamat hari lahir daripada adik tersayang, Mohamad Ashraf atau lebih mesra disapa Acap.

Namun hari ini, ucapan itu tidak kunjung tiba apabila Acap masih belum ditemui selepas hilang semasa menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) pada 23 Mac lalu.

“Rasa sedih sebab Ashraf masih belum ditemui pada hari lahir saya yang ke-35 tahun. Jika tahun-tahun sebelumnya dia akan mesej wish birthday saya tapi kali ini tiada mesej daripada dia.

“Tiada sambutan kali ini cuma saya hanya ingin teruskan misi mencari Ashraf. Itulah keutamaan saya dan keluarga ketika ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ditanya mengenai harapannya sempena hari kelahirannya pada Selasa, Mohd Zahiruddin berkata dia berharap agar adiknya itu dapat ditemui segera.

Mohd Zahiruddin berkongsi beberapa keping gambar meredah laluan sungai semasa misi mencari adiknya.

“Tiada apa yang saya harapkan cuma mahu adik saya ditemui segera. Saya harap agar Allah berikan sedikit petunjuk mengenai lokasi Ashraf berada ketika ini.

“Saya juga berharap agar orang ramai mendoakan agar urusan pencarian Ashraf dipermudahkan. Walau di mana pun Ashraf berada, saya harap agar dia terus kuat. Saya yakin dia akan balik,” katanya.

Diminta mengulas mengenai perbuatan beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan masalah mereka untuk menipu orang ramai dengan cara mengutip sumbangan, Mohd Zahiruddin menyuarakan rasa kesal mengenai perkara tersebut.

“Saya dapat tahu ada orang dah tertipu dengan mesej daripada scammer tersebut. Saya amat kesal kerana mereka mengambil kesempatan memperdayakan orang ramai menggunakan nama saya.

Dia buat laporan polis itu di luar pengetahuan saya sebab pada waktu itu saya berada di Kedah. Saya tidak tahu menahu. Saya juga tidak tahu apa dia punya point-point sampai dia boleh bertindak sebegitu. Saya amat terkejut.

MOHD ZAHIRUDDIN HASAN

“Saya sendiri pun tidak pernah minta orang untuk transfer duit ke akaun saya. Cuma jika ada yang nak menyumbang, itu pun kepada akaun ibu saya bukan akaun saya,” katanya.

Susulan itu, Mohd Zahiruddin menasihati orang ramai yang menjadi m4ngsa penipuan sindiket tidak bertanggungjawab itu supaya membuat laporan polis.

Mohd Zahiruddin menasihati orang ramai agar jangan terpedaya dengan sindiket yang meminta wang atas namanya.

“Siapa yang sudah tertipu dan ada terima mesej berunsur penipuan, saya sarankan terus buat laporan polis.

“Kalau anda beritahu saya, saya tak ada kuasa nak buat apa. Jadi biar polis buat siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai laporan polis yang dibuat oleh adiknya, Mohammad Azlan, 31, pada Ahad lalu yang menggesa orang ramai supaya menghentikan pencarian Acap, Mohd Zahiruddin memberitahu perkara itu di luar pengetahuannya.

“Saya tak boleh nak komen sebab yang buat laporan itu bukan saya. Saya ingin jelaskan orang itu (buat laporan) bukan saya sebab ada yang keliru.

“Dia buat laporan polis itu di luar pengetahuan saya sebab pada waktu itu saya berada di Kedah. Saya tidak tahu menahu. Saya juga tidak tahu apa dia punya point-point sampai dia boleh bertindak sebegitu. Saya amat terkejut,” kata abang sulung kepada Acap ini.

Pada Isnin, kecoh di media sosial penyebaran laporan polis yang dibuat oleh Mohammad Azlan, abang kedua Acap yang meminta sukarelawan menghentikan misi mencari adiknya itu.

Mohd Zahiruddin (kiri) bertemu dengan seorang ustaz di Kuala Nerang, Kedah pada Ahad , hari yang sama laporan polis dibuat. -foto Facebook Denny Lang

Dalam laporan polisnya, Mohammad Azlan memohon orang awam dan mana-mana sukarelawan yang ingin menjalankan misi mencari adiknya berhenti datang serta masuk ke kawasan kampung tempat m4ngsa hilang.

“Saya telah bincang dengan pihak ketua Kampung Pintu Padang dan saya perlu membuat satu laporan polis. Saya turut meminta agar sebarang spekulasi dan berita-berita tidak benar tentang kehilangan adik saya ini turut dihentikan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis serta kandungan laporan yang tular dan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

Acap dari Muar, Johor bersama 485 peserta lelaki dan perempuan memulakan larian GUT 2019 dari Gua Tempurung dekat Gopeng bagi kategori 25km pada 23 Mac lalu, namun m4ngsa tidak sampai ke garis penamat selepas selesai perlumbaan.

Sumber : Denny Lang

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*