Wanita Dikejarkan Ke Hospital Selepas Menangis Tanpa Henti Ketika Menonton Avengers: Endgame

Kepada anda yang masih belum menonton Avengers: Endgame, jangan risau, tiada sebarang spoilers di dalam artikel kali ini.

Ia hanyalah berita berkaitan seorang pelajar kolej wanita yang terpaksa dikejarkan ke hospital akibat gagal menahan tangisan semasa menonton filem berkenaan. Kejadian ini berlaku di Zhejiang, China baru-baru ini.

Menurut laporan sn.people, pemudi berusia 21 itu menangis tanpa henti sepanjang 3 jam tayangan. Malah, beliau tidak berhenti walaupun selepas tayangan itu berakhir.

Ia kemudiannya menyebabkan beliau mengalami sesak nafas dan sakit dibahagian dada. Risau dengan keadaan itu, rakannya telah menelefon ambulans dan beliau terus dikejarkan ke hospital selepas itu.

Menurut doktor yang merawatnya, mereka terpaksa memakaikan alat bantuan pernafasan kepada beliau untuk mengurangkan hyperventilation yang dialami dan menenangkannya.

Wanita itu dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama selepas selesai proses rawatan.

Korang yang dah tengok tu menangis tak? Yang belum menonton, saya cadangkan anda pergi menonton filem Avengers: Endgame ini segera. Anda pasti tidak akan dikecewakan.

Boss Sewa Satu Hall Wayang Untuk Tengok Avengers Sebab Takut Pekerja Spoil Cerita

Manusia ni memang selalu nak buat benda yang dilarang. Sebabtu walaupun dah ramai orang beri amaran, ada je orang yang gatal tangan nak spoil cerita dekat media sosial kan?

Salah satu cara nak elakkan dari tengok spoiler adalah dengan tutup media sosial dan jadi orang yang terawal tengok movie, sama lah macam apa yang syarikat dari Hong Kong ini lakukan.

Menurut World Of Buzz, semalam seorang majikan telah book satu hall wayang untuk tengok Avengers sebab dia risau pekerja dia akan spoilkan movie tersebut. Haha sanggup tau.

Disebabkan pekerja-pekerjanya perlukan media sosial untuk bekerja, jadi mereka bila-bila masa je boleh ternampak spoiler Avengers. Jadi, bos mereka yang bertimbang rasa ini buat keputusan untuk bawa semua pekerja-pekerjanya menonton wayang pada waktu bekerja. Uish seronoklah dorang!

“Ini bukan sebahagian dari benefit syarikat kami, tapi ini cara kami sesuaikan diri dengan situasi. Kerana kami perlu gunakan Facebook, Instagram dan WeChat untuk bekerja, kami berisiko untuk terlihat spoiler Avengers: Endgame.

“So, pagi ni masa kami sedang bekerja, bos setuju untuk book satu hall dan tengok movie ini untuk elakkan spoiler.”

Posting syarikat ini telah berjaya menarik perhatian netizen yang menyampaikan rasa kagum dorang dengan tindakan bos ini. Siap ada yang minta kerja lagi.

“Untungnya dorang! Saya siap kena mintak cuti lagi nak tengok cerita ni. Tu pun bos dah pandang slack.”

Kalau korang dah tengok Avengers, janganlah spoilkan dekat media sosial. Kesian yang tak tengok lagi tu.

‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba. Filem Avengers: Endgame sudah pun ditayangkan di seluruh Malaysia dan kita bertuah kerana menjadi antara negara terawal yang dapat menonton Endgame pada hari Rabu.

Kami tidak menjadi antara yang terawal menonton filem ini. Ada yang sudah berada di pawagam untuk tayangan jam 7 pagi dan kami sudah dapat agak pasti ramai yang minta cuti untuk jadi antara yang pertama menonton filem Endgame.

Kami tidak mahu membuat ulasan panjang tentang filem Endgame kerana kami rasakan ianya lebih baik jika kami hanya sekadar bercerita tentang pengalaman kami menonton filem ini dan menyentuh hanya beberapa aspek dalam filem ini sahaja. Jangan risau, tiada spoiler yang akan dicampak dalam penulisan ini.

1. Tiga jam berlalu tanpa sedar

Filem Endgame digarap dengan sangat rapi sehinggakan anda tidak perasan 3 jam berlalu begitu sahaja. Tiada bahagian meleret yang akan buat anda bosan dan menjadi identiti MCU untuk menyelit humor di sepanjang filem tanpa melebih-lebih.

Pada pandangan kami, setiap babak disusun dengan sangat baik dan tidak mengelirukan. Cuma mungkin anda kena tonton Infinity War kembali jika mahu ingat semula beberapa butiran yang akan dibawa dalam filem Endgame ini.

2. Sila tonton filem di pawagam 4DX GSC

Jika anda belum membeli tiket Endgame, kami minta tolong untuk anda tonton filem ini di pawagam 4DX. Kenapa? Kerana ianya akan memberikan pengalaman menonton yang lebih awesome untuk anda! Rakan Vocket yang menonton bersama semua bersetuju dengan perkara ini.

Sebagai contoh, ketika adegan berada dalam kapal angkasa, anda akan rasa seperti anda terbang sekali bersama kapal angkasa tersebut. Jika adegan diserang, akan ada angin yang lalu di telinga anda. Jika ada adegan hujan atau percikan air, air juga akan terpercik. Memang real! Saya tegaskan di sini, ini bukan iklan berbayar daripada GSC. Kami bercakap kerana pawagam 4DX ini memangawesome. Mungkin kami akan tonton John Wick 3 di pawagam 4DX juga nanti.

3. Thor

 

Dalam banyak-banyak Avengers, Thor adalah watak yang paling outstandingdalam Endgame. Rupa Thor memang sangat ‘berbeza’ berbanding filem beliau sebelum ini dan beliau seperti tidak kisah berpenampilan sedemikian. Tak kering gusi anda dengan telatah Thor nanti.

4. Jangan lupa bawa tisu, mata anda pasti berkaca

Orang putih kata emotional roller coaster journey ketika anda menonton filem ini. Ketika adegan lucu, terus dipotong dengan adegan yang akan buat mata anda berkaca. Bukan sekali mata anda akan berkaca, tetapi berkali-kali. Kami yakin, bukan sahaja wanita, tetapi lelaki juga akan mengalami fenomena ini. Tak percaya? Nanti lihat mata rakan anda yang menonton.

5. Avengers, assemble!

Masih ingat Robert Downey Jr berkata 8 minit terakhir filem ini adalah babak paling hebat dalam sejarah MCU? Apa yang beliau cakapkan itu benar dan memang, ianya sangat epik! Sejurus sahaja perkataan ini dilaungkan oleh *ehem ehem*, terus pertarungan bermula tanpa henti. Memang hebat!

6. Trailer rasmi Avengers: Endgame hanya 3% daripada keseluruhan filem ini

Seperti juga Avengers: Infinity War sebelum ini, apa yang anda tonton di trailer yang dikongsi Marvel Studios ada yang benar, ada yang tidak ada pun dalam filem. Dan apa yang anda tonton menerusi trailer tidak langsung menceritakan gambaran sebenar apa yang akan berlaku dalam Endgame nanti. Senang cerita, kita semua kena ‘game’ lagi dengan Marvel.

Terima kasih diucapkan pada Russo Brothers kerana mengekalkan momentum dan hype filem Avengers untuk Endgame. Endgame menjadi penutup yang hebat untuk fasa ‘The Infinity Saga’. Kami tahu Spider-Man: Far From Home adalah filem terakhir untuk fasa Infinity Saga tetapi filem berkenaan tidak melibatkan majoriti watak Avengers.

Untuk filem ini, kami beri 9.5/10. Kenapa tidak dapat markah penuh? Anda sendiri cari mana ‘hilangnya’ lagi 0.5 itu nanti. Tak semua filem itu sempurna. Tetapi filem ini hampir perfect bagi kami.

Dan hanya satu spoiler yang kami mahu beri: Tiada end credit untuk Endgame. Tetapi kami tidak menghalang untuk anda menunggu sehingga kredit filem tamat. Yang pasti, Endgame adalah karya masterpiece terbaik Marvel ketika ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber sn.people   abacusnews via LobakMerah

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*