Gugurnya Daun Di Syurga Maka Sampai La Aj4l Seseorang Yang Bergelar Hamba Allah, Benar atau Tidak?

Kedua-duanya tidak ada hadis yang sahih menjelaskan oleh itu dalam perkara yang ghaib perlu ada nas al-Quran atau nas hadis yang sahih baru boleh kita percaya dan sebarkan pada orang lain.

Status Hadis Berselawat Ketika Telinga Berdengung.

Ramai yang bertanya tentang status hadis berselawat ketika berdengung. Maka ulama hadis memberikan penjelasan seperti berikut. Hadis ini munkar (terlalu daif). Keterangannya seperti berikut. Punca hadis ini dari riwayat Muhammad bin Ubaidillah bin Abi Rafi’. Berikut komentar ulama hadis terhadap beliau:

  • 1. Kata al-Bukhari: munkar al-hadith.
  • 2. Kata Abu Hatim al-Razi: tersangat munkar al-hadith..bahkan gugur hadisnya (tidak terpakai).
  • 3. Kata Ibn Maien: tiada nilai.

4. Kata al-Daraqutni: beliau matruk (perawi yang ditinggalkan riwayatnya)

* rujuk: kitab al-Majruhin, jld. 2, hlm. 183, mizan al-I’tidal, jld. 3, hlm. 635

Oleh itu, kebanyakan ulama hadis menghukumnya sebagai p4lsu/munk4r/tiada asal semisal al-Uqaili, Ibn al-Jauzi dan Ibn Qayyim. Manakala al-Baihaqi, Ibn Iraq dan al-Ajlouni menghukumnya daif. Tidak ada khilaf antara mereka yang menyatakan ia munk4r dan daif kerana munkar sememangnya salah satu dari jenis-jenis hadis daif. Cuma pada saya ia tidak sampai kepada tahap p4lsu, ia hanya munk4r. Walau bagaimana pun hadis munkar tetap dikategorikan sebagai hadis yang terlalu daif.

Maka tersilap al-Haithami apabila menilai hasan hadis ini sedangkan muhaddithin mutaqaddimin semisal al-uqaili menghukumnya sebagai tiada asal dan al-bukhari menghukumnya sebagai munkar. Manakala al-Munawi, beliau juga tersilap apabila hanya berpandukan kepada Ibn Khuzaimah dalam isu ini. (Rujuk: Faidh al-Qadir, jld. 1, hlm. 399). 

Sebenarnya Ibn Kathir sendiri menyatakan bahawa sanad Ibn Khuzaimah juga dari jalur Muhammad bin Ubaidillah. (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, cet: Darul Fikr, jld. 3, hlm. 622) Perlu diketahui bahawa tidak semua hadis yang Ibn Khuzaimah masukkan dalam sahihnya dianggap sahih di sisinya kerana terdapat hadis daif yang beliau masukkan dan beliau sendiri daifkan. Oleh itu Ibn Kathir memberi komentar selepas membawa riwayat ini dalam tafsirnya dengan berkata:

إِسناده غريب, وفي ثبوته نظر

Maksudnya: Sanadnya gharib (ganjil iaitu hanya 1 jalur sahaja) dan perlu perhatian kepada sabitannya (maknanya Ibn Kathir mendaifkannya). (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, cet: Darul Fikr, jld. 3, hlm. 622). Wallahua’lam.

Video:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

Sumber: II

Video: Tanyalahustaz via u-tube

 

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*