Besarnya Rahmat Jika Suami Isteri Yang Miliki Tiga Orang Anak Perempuan Yang Ramai Tidak Tahu!

Lahir anak pertama perempuan, kedua pun perempuan. Tentunya ramai pasangan dalam situasi ini menaruh harapan besar agar kelahiran anak ketiga adalah lelaki. Namun rezeki cahaya mata itu ketentuan Tuhan, ada yang dimakbulkan hajat beroleh anak lelaki tapi ramai juga yang tetap dianugerahkan anak perempuan.

Meski di hati terselit sedikit rasa kec3wa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata ‘Ha! Perempuan Lagi” tapi hendaknya kita tidak teremos1 dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan k3renah, kesvsahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,

“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,

“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,

“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,

“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya :

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada ap1 ner4ka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada ap1 ner4ka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber : Myinfoharian 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*