Nasi Goreng Sedap, Siap 20 Minit Untuk Makan Malam

Dapur tidak berkincah pinggang mangkuk tak banyak kotor, jimat masa makan pun sedap. Nak tahu rahsianya? Anda sajikan  dengan menu ringkas ala kedai. Ini tiga pilihan nasi goreng yang boleh anda cuba dan gerenti siap dalam masa tak sampai 20 minit. Boleh dijadikan menu makan malam keluarga.

NASI GORENG IKAN MASIN PETAI
BAHAN-BAHAN:

2 mangkuk nasi
50gm ikan masin tenggiri jeruk | digoreng dan dihancurkan
1 papan petai | dibelah dua
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
8 biji cili padi | dititik
1 biji telur
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan hirisan petai, isi ayam dan cili titik.
3. Masukkan nasi dan ikan masin yang telah digoreng dan dihancurkan tadi.
4. Ketepikan nasi dalam kuali. Tambah sedikit minyak pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
5. Kemudian kacau bersama nasi.
6. Lengkapkan rasa bersama sos tiram, serbuk pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
7. Hidangkan bersama telur mata.

NASI GORENG UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 mangkuk nasi putih
4 ekor udang saiz XL | digaul bersama garam
Sedikit hirisan isi ayam
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
6 biji cili padi | dititik
1 sudu makan sos tiram
Sedikit serbuk pati ayam
1/2batang lobak merah | dipotong dadu kecil
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang hingga masak dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan putih cincang hingga naik bau.
3. Masukkan pula hirisan isi ayam, lobak merah, cili padi, diikuti nasi, kacau rata.
4. Seterusnya masukkan sos tiram, serbuk pati ayam, garam secukupnya.
5. Setelah secukup rasa angkat dan hidangkan bersama udang goreng tadi.

NASI GORENG AYAM PAPRIK

BAHAN-BAHAN:

2 mangkuk nasi putih
1 biji telur
50gm sayur campur | lobak merah, kacang pis, jagung
2 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
3 ulas cili padi | dihiris halus
Sedikit serbuk pati ayam
1 sudu sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

BAHAN AYAM PAPRIK:
150gm isi ayam | dihiris nipis dan kecil
50gm lobak merah | dihiris memanjang
½ biji cili banggala hijau | dihiris
2 helai daun limau kasturi | dihiris
1 batang serai | dititik
5 biji cili padi | dihiris
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 sudu makan sos tiram
½ sudu makan sos cili
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, putih dan hirisan cili hingga wangi.
2. Masukkan sayur campur, kacau seketika kemudian masukkan serbuk pati ayam.
3. Seterusnya, masukkan nasi, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata dan sekata.
4. Ketepikan nasi,masukkan sedikit minyak. Pecahkan telur, kacau hingga berketul-ketul.
5. Kemudian gaulkan dengan nasi, selepas seminit dua, tutup api dan ketepikan.
6. Untuk menyediakan ayam paprik. Panaskan minyak dalam kuali lain, tumiskan bawang merah, putih dan serai dalam kuali hingga wangi.
7. Masukkan hirisan ayam, kacau dua tiga minit.
8. Masukkan pula hirisan lobak merah, cili benggala, sos tiram, sos cili, cili padi dan daun limau purut.
9. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam.
10. Hidangkan bersama nasi goreng tadi.

Sumber: Rasa.my 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*