Rava Thosai Makan Dengan Chutney Menu Kegemaran 1 Malaysia! Rugi Tak Cuba Mudah Jer.

Makanan kegemaran rakyat Malaysia walaupun asalnya adalah makanan bagi kaum India. Bila negara berbilang bangsa makanan pun jadi pelbagai jenis, malah sudah menjadi kebiasaan makanan inda, china dan melayu menjadi kesukaan kita semua. Rava sebenarnya adalah dari perkataan tepung suji. Bagi kamu yang suka makan menu ni bolehlah cuba!

RESIPI RAVA THOSAI

BAHAN-BAHAN:

  • Tepung Suji(rava)-1cup
  • Tepung beras-1cup
  • Tepung gandum-1/2cup
  • Jintan halus-1sdkcl
  • Fresh milk -1/2cup
  • Cincang bawang -1/2cup
  • Daun ketumbar- segenggam
  • Garam.
  • Minyak
    *sayuran ikut suka kita tapi kena dipotong halus cepat untuk masak *

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di ats kecuali minyak dlm satu bekas..tambahkan dgn 2cup air..
  2. Biar adunnan nampak berair ckit..ketepikan selama 30min..
  3. Panaskan satu pan leper sapukan dgn minyak dan tuangkan adunan tu.. Buat macam masak telur dadar.

RESIPI CHUTNEY

  • Kelapa parut segenggam*
  • Halia sebesar 20sen*
  • Cili padi 3*
  • Bwg putih 2 ulas*
  • Garam(ikut rasa)
  • Daun kari setangkai
  • Cili kering 3
  • Biji sawi 1/2sdu
  • Yogurt masakan 1sudu makan (kalau suka)

CARA-CARA:

  1. *blended semua bahan di atas dengan setengah cawan air.
  2. Gunakan pan panaskan dgn sedikit minyak masukkan biji sawi, daun kari dan cili kering kacau smpai tukar warna dan tuangkan bahan blender tu..
  3. Tunggu sampai 2min. Tutup api. Siap!

Sumber: Rasa.my 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*