Resepi Kek Coklat Karamel Kukus Beserta Tips Sedap Di Makan Sejuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga dari dapur.com yang mencari pelbagai resepi mudah. Kali ini, kami akan tunjukkan cara buat kek coklat karamel kukus  . Anda boleh pilih mahu yang mana tuk dapatkan hasil kek coklat karamel yang lembab dengan cara kukus beserta tips kami berikan.

Bagi yang pertama kali mahu membuat kek atau biskut, saya mencadangkan akak dapatkan pengalaman dan teknik di artikel ini. 7 TIPS DARI PAKAR UNTUK PENYEDIAAN KEK terlebih dahulu bagi memahirkan diri . 

Untuk kek coklat yang dilapisi dengan karamel ni , kami akan tunjukkan  versi mudah membuat kek coklat . Pertama, mari kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk karamel dan puding.

Bahan dan Cara Membuat Karamel 

#1: Panaskan periuk dengan api kecil dan masukkan 2 sudu besar gula . Biarkan ianya mencair secara perlahan – lahan . Apabila gula sudah cair, tuangkan ke dalam loyang 8 x 8 / segi empat bagi membentuk tapak/base karamel. Goyangkan sedikit loyang supaya semua kawasan di litupi. Siap .

Bahan dan Cara Membuat Puding Karamel

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla

#1:  Masukkan bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan hingga sebati dan sekata. Kemudian, tapis adunan karamel tadi untuk mendapatkan hasil yang halus. Setelah siap, tuangkan adunan karamel ke dalam loyang yang berisi gula hangus kita tadi. Lalu, kukus karamel kita selama 20 – 25 minit.

TIPS – Balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk elakkan wap air menitik masuk ke dalam adunan puding.

#2: Apabila sudah masak, biarkan sehingga betul-betul sejuk. Siap bab lapisan atas kek coklat karamel kukus ini.

Bahan dan Cara Membuat Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan ayak A :

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan serbuk koko van houten untuk kek sedap tak pahit
  • 1 sudu teh baking powder

Bahan B

  • 1 cawan air panas yang betul-betul mendidih untuk dapatkan kek lembut dan lembab
  • 1/2 cawan minyak jagung/sayuran/masak tapi best jagung bagi CA
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla – lagi sedap oil based yang warna jernih tu

Cara-cara buat kek kukus coklat tanpa telur dan tanpa mixer ni :
.
#1:  Masukkan air dalam pengukus , biarkan api besar untuk air mendidih.Terus ayak bahan-bahan A.Kalau nak cantik 2-3 kali suh dia rata tersebar elok.

#2: Masukkan bahan B dalam bekas besar. Mula kacau dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit.Kacau manja dengan spatula

#3: Tapis bahan-bahan untuk dapatkan tektur kek yang cantik. Guna senduk dan masukkan ke lapisan puding karamel kita tadi. Api kecil untuk elak kek masak terlalu cepat dan sebabkan retak. Kukus 50-65 minit.

Memang sangat lengkap kan resepi kek coklat karamel kukus kami sediakan untuk akak kan ? Supaya akak dapat hasil yang terbaik dan betul-betul berpuas hati.Yang bestnya, kami tak guna telur untuk kek coklat tapi memang marvelous sedap rasa nya tau.

Sumber: Dari Dapur 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*