Resepi Kuih Talam Lapis Ubi Keledek Terasa Lemak Manis Keledek

Bahan – Bahan

Lapisan Bawah Talam Lapis Ubi Keledek

500 gm keledek rebus (lecek)
150 gm tepung jagung
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)

Campur dengan bahan-bahan lain, kacau hingga menjadi pes.Masukkan dalam satu loyang (9×9) dan ratakannya.Kukus sebentar 10 minit.

Lapisan Atas Talam Lapis Ubi Keledek

1 cawan tepung beras
3 cawan santan
1 sudu teh garam

Bancuh tepung beras dengan santan itu hingga licin.Kacau atas api hingga naik wap dan sedikit melikat (jgn terlalu pekat).Tuang ke atas lapisan talam lapis ubi keledek yang sudah dikukus tadi.Kukus lagi selama 20-25 minit atau sehingga lapisan santan ‘set’ dan masak.Sejukkan sebelum dipotong dan hidangkan talam lapis ubi keledek

Sumber: Dari Dapur 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*