Resepi Serunding Ikan Untuk Bulan Puasa Dan Raya. Memang Mudah & Sedap!

Serunding Ikan memang popular lebih-lebih lagi bila tiba bulan puasa. Bila sahur kan tak ada selera, jadi serunding ni memang sesuai benar lah dijadikan lauk. Jangan tak tahu, serunding ni pun sesuai dijadikan inti popia simpul atau karipap mini tau. Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya!

SERUNDING IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg ikan selayang/ sardin
  • 1/2kg bawang merah – dikisar halus
  • 1 inci halia – dikisar halus
  • 15 tangkai cili kering – dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih – dikisar halus
  • 3 biji bawang besar – dikisar halus
  • 1/2kg pati santan/santan pekat
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 keping gula melaka – lebih kurang

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ikan dan rebus dengan garam serta asam keping hingga masak.

2. Asingkan isi ikan dan tulang. Kemudian ramas atau kisar hingga halus. Ketepikan.

3. Dalam kuali besar, masukkan semua bahan yang dikisar halus.

4. Masukkan santan, asam keping dan juga gula melaka. Boleh juga guna gula biasa. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing. Gaul hingga semua bahan mesra dan gula larut.

5. Tambahkan isi ikan.

6. Gaul lagi hingga sebati seperti ini.

7. Teruskan memasak serunding menggunakan api sederhana sehingga serunding kering. Anggaran masa untuk serunding kering sepenuhnya adalah lebih kurang 1 jam.

8. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati ikut cita rasa anda.

 Sumber: Rasa.my 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*