“Ada teh tarik tak?” – Pemilik Restoran Cemas Bila YDP Agong Sultan Abdullah Tiba-Tiba Bangun Mahu Melihat Bahagian Dapur. Ini yg berlaku!

Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara rasminya dilantik sebagai Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16

Perkara ini telah diumumkan dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas di Istana Negara, 24 Januari lalu. Pelantikan tersebut telah dibuat bagi menggantikan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang telah meletak jawatan pada Ahad, 6 Januari yang lalu.

Sultan Abdullah akan berkhidmat secara rasminya sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu untuk tempoh 5 tahun dan ditabalkan pada 31 Januari 2019, di Istana Negara.

Lawatan rasmi pertama baginda ke Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat melawat Lebuh India, pusat perniagaan tertua di bandar raya ini, sempena lawatan rasmi pertama baginda ke negeri ini, hari ini.

Baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di pusat perniagaan berusia 170 tahun itu pada 4.30 petang.

Mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Sejurus tiba di Lebuh India, Sultan Abdullah singgah di Restoran Jubilee, salah sebuah kedai makan tertua antara deretan kedai di pusat perniagaan itu.

Baginda bersama Tunku Azizah meluangkan masa kira-kira 30 minit menikmati minum petang di restoran berkenaan.

Pemilik restoran terkejut Agong singgah minum

Pemilik restoran, Abdul Wahab Daud, 73, berkata beliau terkejut apabila sebaik tiba baginda duduk dan terus bertanyakan minuman kepadanya.

“ Mengikut jadual disediakan pihak protokol, saya dimaklumkan baginda hanya melawat di luar restoran dan tidak berhenti makan.

Ada teh tarik tak?

“ Tetapi sebaik sahaja tiba di restoran, baginda bertanya kepada saya, ada teh tarik tak? Saya seperti tidak percaya dan meminta pekerja menyediakannya,

Kata Abdul Wahab yang kemudian menghidangkan samosa yang baru siap dimasak serta roti canai kuah kari kambing kepada Sultan Abdullah.

Abdul Wahab kemudiannya sekali lagi dikejutkan apabila Sultan Abdullah tiba-tiba bangun dan mahu melihat bahagian dapur restoran berusia 68 tahun itu.

Cemas & tak jangka

“ Saya sedikit cemas apabila baginda terus ke dapur dan berjumpa tukang masak,” katanya yang teruja dengan keramahan Sultan Abdullah.

Selain Restoran Jubilee, Sultan Abdullah turut singgah di kedai Fabriko, Kedai Salih Ahmad dan Handicraft

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber  : Kecohbetul & Sarawak voice

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*