Hampir 2 Juta Tonton Video Angkasawan Pertama Kali Berjalan Lepas 6 Bulan Di Angkasa

Angkasawan yang tinggal di angkasa akan mengalami banyak perubahan khususnya pada fizikal mereka. Di angkasa juga mereka tidak berjalan menggunakan tenaga daripada kaki seperti kita yang berada di bumi.

Drew Feustel, seorang angkasawan dari NASA telah menghabiskan masa kira-kira 197 hari, atau lebih daripada setengah tahun di International Space Station (ISS) bagi menjalankan kajian. Selepas tamat kajian, beliau kembali ke bumi.

Namun, sama seperti angkasawan lain, Drew turut mengalami kesukaran untuk berjalan seperti sediakala. Fenomena ini terjadi disebabkan ketumpatan tulang seseorang angkasawan itu akan hilang sebanyak 10 kali ganda daripada kadar osteoporosis.

Drew telah berkongsikan video belajar berjalan di Twitter miliknya dan menndapat tontonan hampir 2 juta dan 2 ribu retweet.

NASA Bandingkan Angkasawan Di Angkasa Dengan Kembarnya Di Bumi

Satu kajian yang dijalankan oleh NASA menunjukkan sepasang kembar, seorang darinya menghabiskan masa di angkasa selama setahun dengan kembarnya yang berada dibumi, menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.

Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menunjukkan perbezaan pada tubuh badan yang terjadi jika berada diangkasa berbanding dengan di bumi. Scott Kelly, menghabiskan masa di ISS pada 2015 hingga 2016, mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan genetik, berbanding dengan kembarnya, Mark Kelly.

Scott kelihatan jauh lebih muda berbanding dengan Mark, walaupun mereka adalah kembar. Selain itu, pandangan mata Scott menjadi lebih jauh kerana arteri karotid dan retina yang menebal, yang biasa berlaku semasa penerbangan di angkasa.

Namun begitu, perubahan fizikal Scott seperti berat badan dan ketinggian kembali seperti normal sama seperti Mark, sebaik sahaja dia kembali ke bumi.

 

Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Science. via Eraje

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*