Kelembapan internet 4G di Malaysia lebih hebat berbanding di Myanmar?

Sekarang ni, pergi mana buat apa semuanya perlukan internet. Namun, kadar kelambatan perkhidmatan internet membuatkan sesuatu perkara yang ingin dilakukan itu menjadi tergendala dan tidak memuaskan.

Terbaru, menurut kajian yang dijalankan Open Signal, rupa-rupanya rangkaian 4G di Malaysia merupakan paling lambat antara 88 buah negara yang menyertai kajian tersebut.

Apa yang mengejutkan, hasil kajian itu menunjukkan Malaysia berada dalam kelompok 20 paling bawah dengan kelajuan 14.83 Mbps, jauh di belakang negara-negara jiran seperti Singapura, Vietnam, Brunei dan Myanmar.

Berita itu membuatkan ramai netizen berasa kecewa dengan kadar kelambatan internet yang dicatatkan oleh Malaysia kerana negara ini sangat sinonim dengan sebuah negara yang maju.

Sumber : Sinar Harian

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*