Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Pupuk Peribadi Mulia Kepada Anak Dan Menantu

Tweet Sebelum ini kita mendapat maklum bahawa Tengku Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang berkuatkuasa serta merta.

Mari kita kenali isteri baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru. Puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.

Kakanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Baginda merupakan Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang.

Selain itu juga baginda merupakan Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Juga merupakan Pengerusi PERTAP, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI), Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) dan Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA). Malah baginda ialah Penaung Diraja AP di Hong Kong. Sumber:Bharian Online.

Kisah lain mengenai baginda. Tengku Puan Pahang Didik Anak, Menantu Masuk Dapur. Selain sifat kasih dan prihatin kepada rakyat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali kerana kehandalannya di dapur.

Sebuatlah apa sahaja masakan tidak kira masakan Melayu, Barat, Timur Tengah dan pelbagai lagi, semuanya mudah sahaja bagi isteri kepada Pemangku Raja (Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) itu.

Namun lebih menggagumkan adalah apabila Tunku Azizah turut sama memupuk minat memasak kepada anak-anak perempuannya termasuk menantu, Puteri Suraiya Afzan yang tidak kekok duduk bersila di atas lantai ketika menolongnya memasak. Jarang sekali kita dapat melihat anak-anak raja `selamba’ duduk bersila menggentel kuih di lantai dapur kan?

Jika anda mengikuti laman Instagram milik Tunku Azizah ini sememangnya kecur liur melihat menu-menu lazat yang dimuat naik ke dalam laman tersebut. Pernah juga baginda berkongsi anak-beranak sedang sibuk membuat persiapan kuih muih untuk Hari Raya selain menu berbuka puasa.

Dia turut menulis, dua anak perempuannya, Tengku Afzan dan Tengku Jihan masing-masing merupakan orang kuatnya dalam hal masakan dan mereka banyak menyimpan resepi ibu mereka.

“Kalau sesiapa nak resepi masakan saya (air tangan Tunku Azizah Iskandar) sila tanya mereka berdua, saya takut kena marah dengan mereka berdua ni yang cukup lokek dengan resepi-resepi saya,” kata baginda.

Baginda pernah viral di Facebook apabila seorang penjual durian tidak mengenalinya dan memanggilnya gelaran ‘kak’

VIDEO :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber: dirajapahang.my via CiteMalaya

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*