[VIDEO] 65 calon STPM Johor peroleh PNGK 4.00

JOHOR BAHRU- Seramai 65 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 di negeri ini memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 berbanding 89 calon pada 2016.

Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif berkata, daripada jumlah itu, seramai 40 calon daripada aliran sastera manakala 25 orang merupakan calon aliran sains.

“Seramai 4,803 calon menduduki STPM 2017 di negeri ini, dengan 65 calon atau 1.39 peratus mendapat PNGK 4.00.

“Peratusan ini kurang 0.45 peratus berbanding tahun 2016 dengan 89 calon mendapat PNGK 4.00,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, di sini sebentar tadi. 

Sumber: Utusan Online

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*