“Walaupun tak besar macam rumah Aliff Syukri..” Wanita Ini Deko Rumah Sempit Jadi Mewah

Memiliki rumah yang kecil dan sempit bukaannya bukanlah alasan untuk kita membiarkan tidak berhias dengan cantik. Walaupun ruangnya agak sempit, tetapi wanita ini berjaya mengubah ruang kecil tampak lebih menarik dan hebat.

Watiey Abdullah dan suaminya, Farhad Hassan menghias rumah mereka menjadi cukup indah. Dekorasinya ringkas namun sempurna, sesuai dengan bilangan ahli rumah yang terhad.

Kami kongsikan bagaimana caranya menghias syurga miliknya ini.

IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL. Boleh share kalau suka.

Hobi baru, bila cemuih makeup. Kadang-kadang bila travel sana sini, duduk hotel, rasa macam seronoknya kalau hari-hari daptt duduk hotel. Design minimal dan sentiasa kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka atau Negeri Sembilan, Watiey buat dekat rumah je. Yeayyy.

So alhamdulillah, lepas dua bulan dapat kunci, dah complete sama macam apa yang me and my husband rancang konsep rumah. So nak share la hasil dekorasi sendiri, rujukan dari internet. Walaupun tak besar macam rumah Aliff Syukri (haha), tapi setiap sudut tu ada ciri-ciri yang masing-masing nak. Tq cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan.

Tips nak deco rumah?

1) Bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah. So nanti tak ada membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada jugak terbabas).

2) Dapatkan persetujuan dua-dua suami isteri.

3) Kalau isteri tak setuju, ulang step 1.

4) Kos? Jangan terburu-buru, buat ikut bajet. Macam kiteorang, masing-masing contribute untuk dapatkan barang yang nak. Duit saving untuk berjalan, bercuti, beli makeup, beli segala benda la kami korbankan untuk deco umah. Jangan sampai buat loan!

Rujukan Mana Barang Dapat?

Barang elektrik – House of lighting, puchong

Furniture – IKEA, Lazada

Deco – IKEA, Kaison, Mr DIY

Custom dining table – stuckwoodbyakubotak

Custom pallet bed – pine pallet by Al Siddiq

Vinyl Flooring – Al-Aqsa Carpet

Langsir – Tak payah la, mana-mana pun sama.

Wallpaper – Korea wallpaper

Hard pipe / dark oak solid wood loft – DIY MART

Pintu masuk, ruang tamu. Ruang paling utama sekali sebab ruang ni ruang nak lepak-lepak and most of the time akan habis dekat sini.

Ruang tamu kecik. Down sekejap sebab tengok macam boleh letak kerusi seketoi ja. Kalau ikut hati macam-macam konsep nak try 😂

Tadaaaa. Watiey suka warna-warna sejuk suram kelam 😂 So warna utama grey beige then tambah pokok-pokok je nak bagi ada warna hijau sikit untuk nampak fresh. Dah siap deco pon still nampak ada ruang lagi, yang penting mesti cozy supaya nak lepak baca buku ke ape rasa rilek je 😁 Dinding kami biar kosong sebab taknak nampak crowded sangat.

Modern contemporary or industrial?..ye ke? hahaha.

Bahagian depan dah ada kerusi bagai..so area ni nak bagi nampak kosong dan luas dekat lantai kita pasang hard pipe + dark oak solid wood by DIY MART 💕.

DINING ROOM..masa mula tengok macam ala sempitnya..sebab dah la suka masa masak tapi space alahai 😣. Macam mana nak bagi nampak cantik dan selera nak masak?😂😣😭

Tadaaaa. 😂So Watiey dan hubby decide buat konsep ala-ala macam cabin gitu. Warna-warna batu dan hijau buat nampak sejuk je ☺️. Meja memang dari dulu suka tengok meja kayu. Nak ada elemen natural. Memang favourite area ni suka lepak-lepak ngan husband kat sini sbb ‘rasa’ sejuk. Nanti nak tambah fountain boleh dengar bunyi air ala-ala kat sungai. Aduhh..

Hijau-hijau mesti ada, baru la mata dapat rehat. Tambah pokok hiasan sikit dengan wallpaper natural ada lumut-lumut hijau. Tenang nak makan 😊

Bar area. Dua-dua kaki coffee. Jadi sini la tempat melepak macam zaman-zaman bercinta sambil perah coffeemaker tu 😂😂

Ruang dapur memang sangat kecik so tak dapat nak letak banyak barang atas table top nanti nampak semak.So pakai la troli bergerak tu untuk jimat ruang.:)

Guest room, duk gaduh laki bini nak buat konsep apa. haha. Konsepnya, nak bagi guest tidur sampai tak nak balik. Hijau mesti ada, tambah dengan wallpaper bricks + hardpipe/dark oak solid wood. Tak payah guna almari makan ruang. Guest boleh guna pipe tu je nak gantung.

Finally my makeup room! dah cop siap-siap..hahaha. Sini la semua karya-karya Watiey terhasil. Thank you sudi baca sampai habis.

Selamat mendecor!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! RM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @RojakMedia

 

Sumber  : keluarga via SweetNutella

 

Apa kata anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*